DEFINASI PUSAT SUMBER SEKOLAH
Pusat sumber sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.
Pusat sumber menyediakan maklumat,perkhidmatan dan peluang bagi memperkukukan pengajaran - pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu,gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
KONSEP |
Satu Tempat:
Koleksi:
Perkhidmatan:
Agen Perubahan:
OBJEKTIF PUSAT SUMBER SEKOLAH |
Meningkatkan mutu pengajaran - pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah |
Menggalakan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya meraka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja. |
Memupuk tabiat belajar sendiri,membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik. |
Membantu pelajar dan guru menghasil,menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran - pembelajaran |
Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar - pelajar |
Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran. |
|
CIRI - CIRI PUSAT SUMBER YANG BERKESAN.
- Lokasi di tengah - tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi, tidak terpisah dari mana - mana bahagian sekolah.
- Masyarakat sekolah tahu dan mengenali staf yang mengurus pusat sumber.
- Terdapat berbagai aktiviti galakan penggunaan pusat sumber dijalankan sepanjang tahun.
- Masyarakat sekolah merasa senang dan sedia ke pusat sumber untuk mendapat bahan , alatan dan maklumat.
- Mempunyai koleksi yang sesuai,mencukupi,terkini dan menarik.
- Perkhidmatan dan koleksi PSS digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran - pembelajaran
- Masyarakat sekolah memahami peranan PSS sebagai satu khidmat bantu kurikulum.
No comments:
Post a Comment