Sejarah Penubuhan Pusat Sumber
Lokasi PSS
Pelan
Visi Pusat Sumber
PSS PEMANGKIN KECEMERLANGAN SEKOLAH
Misi PSS
Merealisasikan visi PSS dan berazam untuk menawarkan :
1. Kemudahan yang berfungsi sebagai Pusat Sumber Maklumat Sekolah .
2. Sumber-sumber dan aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat
3. Menyediakan tempat yang selesa , ceria dan kondusif untuk aktiviti pembelajaran.
Piagam PSS
Kami warga Pusat Sumber dengan janji ikhlas dan bertanggungjawab sesungguhnya berhasrat secara berterusan akan :
1. Memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua pelajar.
2. Mengurus dan menyediakan perkhidmatan terbaik ke arah kecemerlangan pelajar
3. Mewujudkan iklam pusat sumber yang kondusif untuk pembelajaran
4. Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dan sanggup menerima sebarang pandangan dan cadangan .
Matlamat PSS
1. Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
2. Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.
3. Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.
Objektif PSS
1. Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
2. Menggalakkan para pelajar dan guru-guru menggunakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran di pusat sumber
3. Meningkatkan profesionalisme guru
4. Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
5. Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.
Fungsi dan Peranan PSS
Pusat Sumber sekolah memainkan peranan penting untuk menawarkankemudahan dan laluan intelektual kepada maklumat .
Pusat Sumber SK TOK KAH akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dengan menawarkan sumber-sumber aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat .
No comments:
Post a Comment